Apa
yang seorang isteri harapkan dari seorang suami? Sudah tentu dia
mengharapkan suami yang mampu susah senang bersama serta mampu
memberikan sokongan moral kepadanya ketika di dalam kesulitan.
Suami
yang ideal adalah seorang lelaki yang mampu menjadi rakan baik
isterinya, mampu menemani isterinya tak kira saat bergembira atau saat
berduka.
Bukan mudah untuk menjadi suami yang sebegitu, tetapi ianya tidak mustahil jika suami memahami kehendak serta perasaan isteri.
Ada
yang anggap perempuan susah untuk di mengerti. Ada juga yang berkata
bahawa perempuan itu sangat membahagiakan jika kena dengan caranya.
Bagaimana untuk bahagia bersama didalam sebuah rumahtangga?
Memahami,
saling membantu, berkongsi cerita dan meluangkan waktu bersama sahaja
tidak cukup untuk dikatakan sebagai psangan bahagia.
Sudah
tentu cinta yang pudar menjadi perkara utama untuk sesebuah keluarga
menjadi bahagia. Tanpa cinta yang tiada tarikh luput, maka sia-sia lah
kesetiaan dan segala pengorbanan yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment