Thursday, 28 May 2015

Kisah Benar! Ratah Mayat Rakan Untuk Terus Hidup

Kisah benar ini terjadi sekitar tahun 1972 pada suatu musim dingin. Peristiwa ini bermula apabila sebuah pesawat Uruguay Air Force Flight 571 yang membawa seramai 40 orang penumpang dan 5 krew, di mana di dalamnya terdiri daripada kumpulan rugbi dan kaum keluarga mereka.  Mereka dalam perjalanan menuju Peru untuk satu perlawanan rugbi. Awalnya, tiada siapa pun tahu apa takdir yang akan menimpa mereka.

Malangnya, pesawat tersebut terhempas di suatu kawasan pergunungan di Chili, Andes pada 13 Oktober 1972.  Mereka yang terselamat hanyalah seramai  29 penumpang. Namun, suhu yang luar biasa dingin telah menjadikan yang terselamat tadi meninggal dunia seorang demi seorang termasuk 8 daripadanya tertimbus dalam runtuhan salji dan akibat kecederaan yang tidak dirawat.  Akhirnya yang tinggal hanyalah 16 mangsa sahaja.

Pemain-pemain rugbi yang turut serta dalam tragedi tersebut

Seterusnya, baki mangsa seramai 16 orang tersebut berjaya ditemukan selepas 72 hari!.  Itupun, setelah mereka sendiri berjuang mencari bantuan kerana operasi penyelamat telah dihentikan kerana pihak pemerintah setempat sudah menganggap mereka sebagai korban yang hilang dan tidak dapat ditemukan lagi.

Sebenarnya, operasi penyelamat ke atas mangsa-mangsa dihentikan setelah masuk hari ke lapan di kawasan pergunungan yang luas itu. Antara
sebabnya adalah pihak penyelamat menganggap semua mangsa pasti tidak ada yang selamat kerana lokasi pengunungan itu sangat sukar untuk sampai selain dari udara apa yang kelihatan adalah hamparan salji yang memutih kerana diliputi salji.  Lebih menyukarkan pencarian, pesawat itu juga berwarna putih!.

Bayangkanlah dengan berada di ketinggian 3,600 meter di atas permukaan laut pada saat musim dingin sedang berlaku. Salji yang turun deras, nyaris membekukan apa yang ada di pergunungan itu ketika itu.  Mangsa-mangsa yang terselamat pula hanya memakai pakaian seadanya, bekalan makanan yang terhad dan telah pun habis, siapapun tidak dapat berfikir dengan normal lagi. Bagaimana caranya untuk meneruskan kehidupan.  Apapun hidup mesti diteruskan, jangan tewas dalam apa jua keadaan … mungkin itulah  ada dalam fikiran mereka.

Bermulalah Survive..
Menyedihkan … apabila satu-satunya cara untuk hidup dalam situasi sebegitu dan usaha untuk bertahan hidup adalah dengan memakan teman-teman mereka yang telah mati!. Ya, ngeri…walaupun itu bukanlah suatu keputusan yang sangat sukar, tetapi perlu dilakukan juga jika ingin hidup. Dalam situasi genting seperti itu, barulah seseorang akan mengerti betapa berharganya sebuah kehidupan.. dan mereka akan berjuang untuk mempertahankan kesinambungan hidup, dengan apa carapun. Besar sungguh dugaan mereka ketika itu.

Akhirnya, pada 23 Disember 1972 nasib yang baik berpihak kepada mereka hasil usaha dua mangsa yang berusaha sendiri mencari bantuan dan melaporkan lokasi nahas tersebut.
Keadaan mangsa yang terselamat ketika ditemui oleh para penyelamat
Dua orang mangsa menyedari, satu-satunya jalan keluar dari kesengsaraan itu adalah dengan memanjat gunung yang sukar itu bagi mendapatkan bantuan.  Mereka itu adalah Parrado, Canessa dan Vizintín memulakan perjalanan mereka memanjat gunung tersebut pada 12 Disember 1972 dengan membawa beg tidur atau sleeping bag sebagai persiapan menempuh sejuk beku pada waktu malam yang gelap.  Mereka memulakan perjalanan mencari bantuan selepas hampir dua bulan selepas kemalangan ngeri itu.

Perjalanan tiga sahabat itu menempuh pelbagai laluan sukar dan hanya bergantung kepada beg tidur itu sahaja untuk memanaskan badan selain oksigen yang semakin nipis.Sedikit demi sedikit, hari demi hari mereka mendapati muncul  tanda-tanda kehadiran manusia seperti beberapa tanda perkhemahan  dan beberapa ekor lembu. Itupun setelah masuk hari kesembilan.
Tidak lama kemudian mereka terlihat seperti seorang lelaki menunggang kuda tidak jauh dari sebatang sungai.  Dengan sisa tenaga yang ada mereka menjerit untuk meminta pertolongan!.  Penduduk menjumpai mereka yang sangat lemah  dan tidak berdaya.

Keajaiban berlaku pada 22 Disember 1972, penyelamat tiba. Akibat cuaca buruk, hanya dua buah helikopter mampu untuk mengambil  separuh daripada mangsa yang terselamat. Baki mangsa masih di lokasi kemalangan  sehingga ekspedisi kedua dengan helikopter boleh tiba keesokan harinya.
Ekspedisi kedua tiba pada pagi 23 Disember dan semua 16 mangsa telah diselamatkan. Semua mangsa telah dibawa ke hospital di Santiago dan dirawat untuk penyakit  dehidrasi, radang dingin, tulang yang patah, skurvi dan malnutrisi.  Jika tidak kerana ketabahan tiga orang rakan mereka ini pastinya rakan-rakan yang masih berada di sisi pesawat remuk itu tidak dapat diselamatkan.  Dalam pada itu, mereka yang menanti takdir untuk mengubah nasib mereka masih terpaksa memakan mayat rakan-rakan yang lain demi sebuah nyawa.! 

No comments:

Post a Comment