Sunday, 24 May 2015

Gadis ‘Berhijab’ Pandai Menebar Roti Canai Curi Tumpuan??!!



SUBHANALLAH, sejuk mata memandang sebuah keluarga yang mengusahakan gerai roti canai di Kampung Parit Panjang, Baling, Kedah ini.

Jika si bapa lengkap mengenakan kopiah, anak-anak gadisnya pula menjaga aurat sebaik-baiknya dengan mengenakan jubah lengkap berniqab.
Lebih mengejutkan, gadis-gadis berniqab ini menjalankan tugas sebagai tukang penebar roti canai bagi membantu keluarga di gerai berkenaan.
Gerai itu sekali gus heboh diperkatakan di laman sosial, berikutan ramai yang kagum akan kemahiran gadis-gadis berniqab ini.
Malah, ada netizen yang pernah bersarapan di gerai ini mengakui kelazatan dan keenakan roti canai yang dihasilkan mereka.
Bagi yang berada berdekatan gerai ini, apa kata sama-sama beri sokongan kepada keluarga ini.
Kita bukan sahaja dapat membantu saudara Islam, malah makanan yang dihidangkan sudah tentu halal dan bersih.

No comments:

Post a Comment