Kisah Romantis Perkahwinan Gadis Melayu Dan Jejaka Korea | Rata-rata gadis melayu masa kini teringin untuk bersuamikan 'foreigner' apa lagi yang berasal dari Korea.
Siapa sangka, mungkin impian anda bakal menjadi kenyataan. Itulah yang terjadi kepada gadis melayu, Fadhi dan pasangannya, Aiman Kim Je Young yang berasal dari korea.
Kalau dah jodoh takkan ke mana..
Kedua pasangan romantis ini bertemu buat pertama kali ketika ditugaskan untuk menjaga pelajar antarabangsa menerusi program ‘exchange student’, Fadhi dan Aiman Kim Je Young akhirnya berkahwin beberapa bulan kemudian setelah dilamun cinta.
Menurut blognya, I am Fadhi, selepas sebulan berkenalan, hubungan mereka bertambah rapat dan Kim memberitahu hasrat hatinya untuk menikahi Fadhi.
Ibu bapa Fadhi pada awalnya tak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Kim namun 3 bulan kemudian mereka berdua melangsungkan pernikahan yang dilakukan secara kecil-kecilan.
Sanding pun belum lagi sebab masing-masing busy. Ini kisah bagaimana mereka berkenalan.
Disebalik kisah percintaan yang romantis ini, pelbagai kisah kelakar dan lawak yang mereka kongsikan dalam laman blog mereka.
Fadhi kini sedang mengikuti pengajian di Sungkyunkwan University di Korea.
Kalau korang merancang untuk melancong ke Korea, bolehlah dapatkan harga pakej percutian yang sangat murah dengan Fadhi.
Untuk info, artis Malaysia, Jehan Miskin juga memilih warga Korea Sebagai pasangan hidupnya.
Semoga pasangan romantis ini dimurah rezeki dan berkekalan hingga ke hujung nyawa. Amin.
No comments:
Post a Comment