Kereta The Beast Obama Diiktiraf Kereta Paling Canggih Di Dunia.
Kedatangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dalam lawatan rasmi
ke Malaysia banyak menarik perhatian masyarakat setempat untuk
mengetahui tentang kenderaan canggih yang digunakan Presiden Amerika itu
iaitu pesawat peribadi beliau iaitu
Air Force One dan kereta
‘The Beast’ yang dilengkapi keselamatan yang canggih yang digunakan sepanjang tempoh lawatan rasmi beliau di Malaysia.
Kereta rasmi Presiden Amerika “The Beast”
Kereta presiden Amerika The Beast iaitu model Cadillac One buatan
General Motors keluaran 2009 juga merupakan kereta yang paling canggih
di dunia selain memiliki aspek keselamatan yang tinggi untuk melindungi
penumpangnya. Kereta ini juga turut memiliki ciri-ciri sebuah kereta
kebal.
Kereta The Beast Obama Diiktiraf Kereta Paling Canggih Di Dunia
Kereta rasmi The Beast milik presiden Amerika Syarikat boleh
memuatkan 7 orang di dalamnya dalam satu-satu masa. Kereta ini mempunyai
berat 8 tan dan memiliki panjang 5 meter. Pintu kereta itu direka khas
dengan pintu kalis peluru setebal 20cm, badan keretanya diperbuat dari
besi keluli, titanium dan seramik yang membuatkan ianya tahan dan kukuh.
Selain itu, tayar kenderaan ini direka agar kalis bocor dan kerangka
kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan. Tangki minyak
dan chasis kereta ini juga diperbuat dengan bahan kalis letupan. The
Beast juga turut dilengkapi dengan senapang ‘
Shot Gun‘ dan
kamera untuk penglihatan malam. Selain itu, antara yang unik dan canggih
dalam kenderaan ini adalah kerana kereta ini turut dilengkapi dengan
bekalan oksigen dan darah yang sama jenis dengan Presiden Amerika
Syarikat ini sekiranya berlaku sebarang musibah atau kecemasan.
Dengan ini kereta The Beast milik presiden Obama ini dinobatkan kenderaan perlindungan paling canggih di dunia.
No comments:
Post a Comment