Thursday, 28 May 2015

KHAS UNTUK SUAMI ISTERI : Hukum Mengeluarkan Air Mani Di Luar Rahim Isteri


Kadang-kadang timbul kekeliruan tentang hukum hakam yang berkaitan dengan hubungan suami isteri yang menggangu proses kebahagian mereka. Disi kami ingin berkongsi secara lebih jelas tentang hukum mengeluarkan air mani diluar rahim isteri. Semoga bermanfaat kepada semua. Berikut adalah soalan kepada ustaz....

Soalan:::

Assalamualaikum Ustaz...

Saya mempunyai kemusykilan. Saya harap dapat kiranya Ustaz membantu saya....

Apakah Hukumnya mengeluarkan air mani di luar faraj isteri sewaktu bersetubuh.?
Saya harap dapat kiranya Ustaz  memberi pandangan. Apakah hukumnya, alasan serta dalil2nya. Sekian Terima kasih, hanya Allah-lah sahaja yang membalas segala kebaikan Ustaz. amin....

Jawapan:

Wa'alaikumussalam,,,,

Mengeluarkan air mani diluar faraj isteri adalah harus jika berlaku dengan izin isteri. Secara umumnya air mani itu adalah hak isteri (ditumpahkan ke faraj) dan dikeluarkan melalui usaha yang halal (nikah / jimak dengan isteri).

Daripada Jabir r.a beliau berkata : Kami pernah melakukan Al-‘Azal (mengeluarkan mani diluar faraj) di zaman Rasulullah s.a.w dan perkara itu sampai ke pengetahuan baginda s.a.w , tetapi Baginda s.a.w tidak pula menegah kami daripada melakukan perkara tersebut “ ~ ( Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim – Kitab An-Nikah – 2610 )

Dalam kaedah fiqh, apabila tiada larangan jelas dari Al-Quran dan as-sunnah menandakan keharusan tetapi hukum harus terbatas pula kepada adab dan etika suami isteri.
Kemasukan air mani memberi nikmat kepada isteri dan menghilangkan nikmat ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati berlaku.Jika isteri redha dan mengizinkan maka tidak mengapa....

Wallahualam.,, (Jawapan oleh: Ustaz Emran bin Ahmad )

No comments:

Post a Comment