Seorang lelaki dengan jujurnya mengaku bahawa, dia tidak akan berkahwin selagi tidak menemui calon isteri yang sanggup dimadukan.
Bagaimanapun, kata-katanya itu dikritik oleh netizen yang menganggap lelaki itu angkuh dan tamak.
"Aku cakap terus terang, aku takkan kahwin selagi tak dapat calon isteri yang sanggup dimadukan.
"Kerana poligami itu dinyatakan dalam Al-Quran. Kalau calon isteri tolak poligami itu, maknanya dia tolak Al-Quran," katanya.
Inilah akibatnya apabila lelaki mahu mengamalkan poligami tetapi tidak faham maksud dan tujuan poligami yang sebenarnya.
Rasulullah tidak pernah berpoligami sepanjang usia Siti Khadijah dan sehinggalah Siti Khadijah meninggal dunia. Itu pun selepas empat tahun kemudian, baginda kahwin lagi dengan jodoh yang Allah tentukan.
Kenapa? Sebab kata Rasulullah, Siti Khadijah satu-satunya isteri yang susah, senang di sisi, mampu dikurniakan zuriat-zuriat untuk baginda.
Jangan beria-ria nak mengamalkan sunnah tetapi hati isteri tidak dijaga sebagaimana Rasulullah menjaga hati isteri baginda.
No comments:
Post a Comment