Friday, 22 May 2015

[VIDEO] Bayi Berusia 2 Hari Dipaksa `Berjalan’ Oleh Bomoh Untuk Rawat Demam - See more at: http://oomedianetworkdot.blogspot.com/2015/05/bayi-berusia-2-hari-dipaksa-berjalan.html#sthash.ufiyKznC.dpuf


MORIGAON, ASSAM – Seorang bayi yang hanya baru berusia 2 hari telah dipaksa `berjalan’ oleh seorang bomoh wanita yang kononnya dilakukan bagi rawatan untuk menyembuh demam yang dialaminya.

Ia bermula apabila ibu bapa bayi tersebut membawa anak mereka berjumpa dengan bomoh tersebut apabila risau akan suhu badan anak mereka meningkat.

Kemudian, bayi itu dibogelkan dan selepas itu bomoh berkenaan memegang leher bayi tersebut dan memaksanya berdiri serta `berjalan’.

Perilaku yang agak perit untuk dilihat telah turut disaksikan oleh ibu bapa bayi itu sendiri dan orang ramai.

Susulan itu dua wanita telah ditangkap.

Sementara itu bayi dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut dan dilaporkan semakin sihat. Alhamdulillah.

- See more at: http://oomedianetworkdot.blogspot.com/2015/05/bayi-berusia-2-hari-dipaksa-berjalan.html#sthash.ufiyKznC.dpuf

No comments:

Post a Comment