Alor Gajah: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal
dunia selepas terkena serpihan pokok rhu yang di panah petir di Pantai
Pengkalan Balak, Masjid Tanah, di sini, 8.20 pagi ahad lepas.
Difahamkan ketika kejadian, cuaca di pantai terbabit cerah dan berangin
sebelum satu dentuman kuat dipercayai petir memanah pokok rhu di pantai
terbabit.
Menurut sumber, kanak-kanak terbabit bersama keluarganya bercuti di pantai berkenaan bersama-sama rakan dari Klang, Selangor.
Katanya, kanak-kanak terbabit dipercayai berada di depan chalet penginapan sambil menunggu keluarga untuk mandi di pantai itu.
Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan lengan kanan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supertendan Mohd Ismail Muhamad Yusuf mengesahkan mengenai kejadian itu.
No comments:
Post a Comment