Isteri Fahrin Ahmad, Elena Hani yang juga merupakan seorang pramugari menjelaskan bahawa dia telah pun bersedia untuk berhenti kerja demi berada di samping suaminya dalam membina sebuah keluarga yang bahagia.
“Bidang kerjaya kami berlainan tetapi kami cuba untuk saling memahami. Saya sedar, suami berada dalam kerjaya yang berdepan banyak cabaran dan sebagai isteri, saya tidak boleh terus melatah kerana ini asam garam hidup berumah tangga”
“Saya juga bersedia untuk meninggalkan kerjaya di awan biru. Mungkin bukan sekarang tetapi persediaan itu sudah ada. Jika perlu berkorban, saya tidak kisah,” jelas Elena mengenai perancangannya kepada Berita Harian.
Selain itu, disebabkan kesempitan masa di antara mereka berdua, Fahrin dan juga Elena telah pergi berbulan madu di Eropah manakala majlis persandingan untuk meraikan saudara-mara dan kenalan akan diadakan pada musim Syawal atau selepas itu. (rtky/s)
SUMBER
BERITA HARIAN
No comments:
Post a Comment