Berkongsi artikel yang dimuatnaik dari portal Mylaunchpad, di bawah adalah 4 sebab mengapa Sultan Nazrin begitu dihormati dan disayangi rakyat.
Bijak dan berkredibiliti
Bukan hanya kerana baginda memiliki PhD dari Universiti Harvard, tetapi baginda disifatkan sebagai cendekiawan yang sering memberikan buah fikiran dan pendapat bernas dalam pembangunan negeri dan negara.
Prihatin dan rendah diri
Baginda bukan wajah asing di kalangan rakyat jelata apabila sering muncul di kampung-kampung, malah baginda juga sering melawat perkampungan Orang Asli. Baginda juga tidak segan silu untuk turut padang membantu apabila ada bencana melanda rakyat.
Low profile
Antara raja yang sering mendapat perhatian, namun baginda tidak gemar mendedahkan kehidupan peribadinya kepada umum. Perkahwinannya dengan Tuanku Zara Salim pada tahun 2007, dilangsungkan serba sederhana. Baginda juga mahukan upacara pertabalan baginda tidak diraikan secara berlebih-lebihan.
Tampan
Sesiapa pun tidak boleh menafikan fakta Sultan Nazrin dikurniakan rupa paras yang tampan. Tak hairanlah sebelum berkahwin, baginda sering dilabel sebagai ‘Most Eligible Bachelor’. Jodoh baginda dengan Tuanku Zara disifatkan ramai sebagai ‘a match made in heaven’.
No comments:
Post a Comment