Thursday, 28 May 2015
Panas !!! Akhirnya Terbongkar Sebab Kenapa Abby Dan Norman Terpaksa Berkahwin Tanpa Cinta
Setelah lama berdiam diri dari sebarang isu & kontroversi, kini Abby muncul kembali menarik perhatian orang ramai dgn memuatnaik caption gambar yg menimbulkan tanda tanya...
"Kitorang kahwin bukan sebab cinta sebenarnya. Sebab apa? Jeng!!!Jeng!!!Jeng!!!
"Tak tahulah En @NormanHakim_786 nak akui ke tak perkara ini. Tapi itulah dia yang sebenarnya...
"Panjang umur murah rezeki, dapat persetujuan En Norman, saya cerita nanti. Siap dengan gambar sekali sebagai bukti," katanya...
Tanpa angin tanpa ribut, tiba-tiba Abby throwback ke kenangan masa lalu dan secara terbuka mengakui bahawa dia dan Norman yang berkahwin suatu ketika dulu bukan kerana cinta.
Apa lagi yg hendak didedahkan oleh Abby kali ini???
Mendengar perkhabaran itu, netizen secara tidak langsungnya mengkritik Abby cuba 'mengali' semula cerita dari muzium...
"Motif nak gaji cerita dari muzium???Apsal tiba-tiba nak keluarkan isu ini pula? Cerita zaman Paleolitik pun nak diimbas kembali. Something wrong Abby ni," kata mereka.
Bagaimanapun, ada yg menasihatkan pengguna media sosial yang lain agar membiarkan saja tindakan Abby yang sukakan kontroversi dan dahagakan perhatian orang ramai...
7 GAMBAR TERBARU : Nora Danish Memakai Sari Nampak Menggoda.!
Nora Danish adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan, dia juga seorang pelakon dan model yang sering mendapat banyak tawaran kerja. Kali ini kami kongsikan gambar PANASS beliau berpakaian sari semamangnya nampak cantikk dan hot...!
KHAS UNTUK SUAMI ISTERI : Hukum Mengeluarkan Air Mani Di Luar Rahim Isteri
Kadang-kadang timbul kekeliruan tentang hukum hakam yang berkaitan dengan hubungan suami isteri yang menggangu proses kebahagian mereka. Disi kami ingin berkongsi secara lebih jelas tentang hukum mengeluarkan air mani diluar rahim isteri. Semoga bermanfaat kepada semua. Berikut adalah soalan kepada ustaz....
Soalan:::
Assalamualaikum Ustaz...
Saya mempunyai kemusykilan. Saya harap dapat kiranya Ustaz membantu saya....
Apakah Hukumnya mengeluarkan air mani di luar faraj isteri sewaktu bersetubuh.?
Saya harap dapat kiranya Ustaz memberi pandangan. Apakah hukumnya, alasan serta dalil2nya. Sekian Terima kasih, hanya Allah-lah sahaja yang membalas segala kebaikan Ustaz. amin....
Jawapan:
Wa'alaikumussalam,,,,
Mengeluarkan air mani diluar faraj isteri adalah harus jika berlaku dengan izin isteri. Secara umumnya air mani itu adalah hak isteri (ditumpahkan ke faraj) dan dikeluarkan melalui usaha yang halal (nikah / jimak dengan isteri).
Daripada Jabir r.a beliau berkata : Kami pernah melakukan Al-‘Azal (mengeluarkan mani diluar faraj) di zaman Rasulullah s.a.w dan perkara itu sampai ke pengetahuan baginda s.a.w , tetapi Baginda s.a.w tidak pula menegah kami daripada melakukan perkara tersebut “ ~ ( Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim – Kitab An-Nikah – 2610 )
Dalam kaedah fiqh, apabila tiada larangan jelas dari Al-Quran dan as-sunnah menandakan keharusan tetapi hukum harus terbatas pula kepada adab dan etika suami isteri.
Kemasukan air mani memberi nikmat kepada isteri dan menghilangkan nikmat ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati berlaku.Jika isteri redha dan mengizinkan maka tidak mengapa....
Wallahualam.,, (Jawapan oleh: Ustaz Emran bin Ahmad )
Kisah "Anak Syurga" Jadi Viral, Cetus Perasaan Sebak
Satu gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Ruqayyah Farhani, mencetus sebak para pengguna media sosial dan menjadi viral.
Gambar yang diberi tajuk "Anak Syurga" itu memaparkan Ruqayyah yang bertudung labuh, tersenyum sambil memangku bayinya, Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak yang kini sudah menemui Pencipta.
Menurut penulisan Ruqayyah, beliau redha dengan pemergian bayinya walaupun hanya sempat bersua muka selama 14 hari.
Anak Syurga. Dan insyaAllah akan memberi 'syafaat' buat Baba & Mamanya. Mama dah redha sayang.. Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak, indah namanya seindah orangnya. Bidadari kuat :')
Terima kasih Allah di atas pinjamanmu selama 14 hari. Anugerah terindah dalam hidup mama.
Si adik, Marsya Farihah tengah survive. Doakannnn. Tengok Marsya nanti nampak Maryam jugak, sebab muka sama :'D
Di ruangan komen pula, pengguna-pengguna facebook memberikan semangat kepada Ruqayyah supaya tabah menghadapi ujian Ilahi.
Selain itu, Ruqayyah juga turut meminta orang ramai untuk mendoakan adik kepada Maryam, Marsya Farihah yang kini sedang bertarung nyawa.
Takziah diucapkan kepada Ruqayyah dan semoga adik Marsya sihat walafiat. -
Bayi Comel Ini Lahir Selepas Tiga Hari Bapa Meninggal, Dia Dan Lapan Adik Beradiknya Hilang Tempat Bergantung
Menatap wajah anak kecil ini, sayu dapat dirasakan hati ini takkala memikirkan nasib anak kecil ini bersama lapan orang adik beradik dan ibu mereka yang hilang tempat bergantung selepas pemergian bapa mereka mengadap yang maha Esa.
Lahir ke dunia selepas beberapa hari kehilangan bapa, anak kecil ini tidak sempat menatap wajah bapanya itu, bapanya Wan Jamal Anasir Wan Badri telah meninggal selepas empat minggu menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di kepala.
Arwah telah meninggalkan isteri yang sarat mengandung dan selang beberapa hari isterinya telah melahirkan bayi ini dan kini isteri sedang berada dalam pantang .
Bapanya sebelum ini disahkan terdapat lima ketumbuhan di dalam kepalanya dan arwah telah selamat dikebumikan di Bukit Beruang Air Keruh Melaka. Arwah meninggalkan sembilan orang anak tersayang termasuk bayi ini yang belum sempat mengenal ayahnya ini.
Anak-anak arwah bersama nenek mereka wan robiah binti wan mustpha
Dari sembilan adik beradik ini lapan orang masih bersekolah dimana anak sulung berada di tingkatan 5 ,dan nombor 8 masih di tadika manakala yang bongsu adalah bayi ini baru dilahirkan.
Apapun takziah SK ucapakan kepada keluarga ini. Semoga anak-anak ini membesar dengan sempurna.
KEMASKINI: Menurut adik kepada ibu bayi ini ketika menghubungi pihak Siakapkeli, si ibu mempunyai pekerjaan di sebuah hospital dan beliau nafi mohon bantuan dari orang ramai. Menurutnya lagi mungkin ada pihak(saudara terdekat) yang cuba menanggup di air yang keruh telah menyebarkan nama dan nombor akaun untuk bantuan
Status Facebook "Allia" Remaja 19 Tahun Yang Membuat Permintaan Mahu Meninggal Dunia Dimakbulkan Tuhan...!!!
#$Al Fatihah, gadis ini dikatakan meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Ulu Melaka. Gadis yang bernama #Nur Allia Samad berumur 19 tahun itu terbabas dan melanggar sebatang pokok dan meninggal.....
Mangsa ketika itu menaiki sebuah kereta kancil meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Mangsa yang merupakan bekas pelajar (Kolej Vokasional Langkawi) itu, berasal dari Kampung Kedawang, Langkawi.....
Apa yang menyedihkan, mangsa pernah memuat naik satu status di laman facebooknya yang ditujukan kepada kekasihnya dengan ayat agar menunggunya mati dahulu jika ingin memutuskan hubungan.
Selepas arwah memuat naik status itu, beliau dikatakan kurang mengemaskini akaun laman sosialnya kerana kemungkinan terlalu kecewa. Wallauhualam…
Mangsa ketika itu menaiki sebuah kereta kancil meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Mangsa yang merupakan bekas pelajar (Kolej Vokasional Langkawi) itu, berasal dari Kampung Kedawang, Langkawi.....
Apa yang menyedihkan, mangsa pernah memuat naik satu status di laman facebooknya yang ditujukan kepada kekasihnya dengan ayat agar menunggunya mati dahulu jika ingin memutuskan hubungan.
Selepas arwah memuat naik status itu, beliau dikatakan kurang mengemaskini akaun laman sosialnya kerana kemungkinan terlalu kecewa. Wallauhualam…
JANGAN TERKEJUT !! Perkahwinan Termahal di malaysia...!
4. Marion Caunter dan SM Nasarudin SM Nasimuddin
#Penyatuan di antara personaliti televisyen popular Marion Caunter dan Pengerusi Eksekutif, Kumpulan Naza Usahasama, SM Nasarudin SM Nasimuddin merupakan salah satu majilis perkahwinan yang paling diperkatakan di dalam arena hibuaran tempatan.
#Majlis perkahwinan yang bertema mawar putih berlangsung di Mandarin Oriental, dan dihadiri oleh bintang-bintang terkemuka seperti Elainy Daly, Deborah Henry, Tom Abang Saufi dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bintang pop tempatan Ning Baizura dan Sean Ghazi menyampaikan persembahan beserta pancaragam Russell Curtis.
#Jumlah tetamu yang telah menghadiri majlis perkahwinan tertutup ini pada tahun 2010 tidak diketahui. Namun, Mandarin Oriental dianggarkan telah mencaj RM300 untuk kos makan setiap individu.
#Menurut satu majalah pengantin online, jumlah kos perkahwinan tersebut mungkin mencapai RM5 juta.
3. Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K)
#Salah satu majlis perkahwinan selebriti yang paling rumit berlangsung dalam sejarah Malaysia adalah penyatuan puteri pop Siti Nurhaliza dan usahawan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K).
#Beberapa sumber menganggarkan bahawa jumlah kos perkahwinan yang berlangsung pada tahun 2006 tersebut boleh mencapai lebih daripada RM12 juta. Kos perbelanjaan kek berperingkat mereka yang digelar Indah Percintaan berjumlah RM12,000. Siti juga dilaporkan menerima mas kahwin RM22,222 dan wang hantaran RM30,000.
#Pasangan ini kemudiannya menafikan tuntutan tersebut, dengan mengatakan bahawa kebanyakkan barang termasuk barang kemas dan pakaian, adalah ditaja.
#Walau bagaimanapun, mereka menerima RM1juta daripada sebuah stesen televisyen tempatan untuk menyiarkan majlis perkahwinan mereka. Perkahwinan mereka berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh 2,500 orang tetamu and disiarkan kepada 6.3 juta penonton seluruh negara.
#Pada tahun 2010, E! News Asia menamakan pasangan ini sebagai Pasangan Selebriti Ketiga Yang Paling Berkuasa di Asia, selepas penghibur Cina, Simon Yam dan isteri, Qi Qi dan pasangan superstar Bollywood, Aishwarya Rai dan suaminya, Abhishek Bachchan.
2. Benjamin Yong dan Elizabeth Lee
#Pengasas BIG Group, Benjamin Yong dan pengasas bersama Bowerhaus, Elizabeth Lee telah meraikan penyatuan mereka sebagai salah satu acara yang paling mewah pada tahun 2014.
#Perkahwinan mereka yang bertema karnival telah berlangsung di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur. Ianya berlangsung seumpama pesta ria yang meriah, termasuk hiasan tengah karusel berputar, pancaragam ayunan 25 keping, penari aerial trapez, penari balet, perenang serentak, serta pelbagai jenis kek perkahwinan yang berwarna-warni.
#Menurut salah satu pemilik majalah pengantin online, pasangan yang berprofil tinggi ini mungkin telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM54,000 untuk persembahan sahaja.
#Walaupun ia agak sukar untuk menganggarkan jumlah kos perbelanjaan untuk majlis perkahwinan bertema carnival ini, ada kemungkinan yang pasangan tersebut telah membelanjakan sebanyak RM10,000 untuk karusel sahaja dan RM50,000 untuk lampu hiasan.
#Kos untuk fotografi mungkin dalam lingkungan RM20,000 dan kos ini hanya untuk perkahwinan mereka yang berlangsung di Kuala Lumpur.
#Sebelum itu, pasangan yang berprofil tinggi ini telah menglangsungkan parti teh pra-kahwin di Sydney, Australia dan upacara teh tradisional Cina di Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.
1. Rozita Che Wan dan Zain Saidin
#Dengan penajaan yang bernilai RM13juta, penyatuan pelakon Rozita Che Wan dan teman pelakon beliau, Zain Saidin pada tahun 2013 telah digelar sebagai “perkahwinan yang paling mewah di tahun tersebut”.
#Penajaan termasuk barang kemas yang bernilai RM10 juta daripada Kedai Emas Habib dan barangan lain daripada 27 para penaja.
#Selain daripada itu, Rozita juga dilaporkan menerima RM23,300 sebagai wang hantaran dan RM9,300 mas kahwin.
#Perkahwinan mereka berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City di Shah Alam dan telah dihadiri oleh 200 orang tetamu.
PANAS!! (7 GAMBAR) Maria Farida Tayang Bikini Miliknya Jadi Tumpuan Ramai Peminatnya
Beliau merupakan salah pelakon popular yang sudah mencecah 40an umurnya. Namun ternyata dia seorang yang awet muda dan masih terserlah kejelitaan dan kecantikkannya.
Di laman sosial milik Maria Faria, dia telah menjadi tumpuan followernya apabila memuatnaik gambar BlKlNl dan pening tak tahu mana satu nak dipakai.
Ini tulis Maria Farida: " Can't decide on which one... hmm "
Gambar itu mendapat reaksi komen yang pelbagai dari orang ramai. Ada yang suggest mana satu nak pakai dan ada yang memberi nasihat.
Pelakon dan pelawak Saiful Apek turut memberi komen dengan emoji menunjukkan dia pening dan terkejut dengan gambar Maria Farida.
Lagi 3 keping gambar dibawah :
Inilah Pintu Ke Neraka Yang WUJUD Di TURKI !!! (4 FOTO)
"Bilik ini penuh dengan wap berkabut yang padat hingga menghalang pemandangan...Semua haiwan yang melewati wap itu akan terus mati,Aku melemparkan burung pipit kedalamnya ,dan burung itu terus mati dan jatuh" tulis seorang ahli geografi yunani strabo....
Penemuan gerbang neraka ini dilakukan oleh ahli arkeologi Itali di Istanbul Turki ,iaitu pasukan yang dipimpin oleh Fransesco D'Andria profesor arkeologi klasik dari University of Salento.....
"Kami mencari plutonium setelah membina laluan ke sumber air......Ternyata mata air Pamukkale yang mengeluarkan wap putih berasal dari gua ini," ungkap D'Andria.....
Rita Rudaini Persoal Kenapa Aidil Suka Menipu??!!
Tidak berniat untuk memalukan mana-mana pihak, Rita Rudaini mengakui tindakan dirinya memuatnaik gambar beserta dengan nombor telefon isteri bekas suaminya baru-baru ini hanyalah sekadar mahu berkongsi dengan peminatnya perkara tersebut.
“Saya hanya mahu cerita masalah saya kepada sahabat-sahabat laman sosial. Tapi saya pelik juga, Aidil ada nombor saya. Kenapa tidak menghubungi menggunakan nombor sendiri? Saya lantang sebab benar. Saya tidak akan bercakap bohong selagi benda itu betul,” jelas pelakon ini.
Malah Rita juga mempersoalkan kembali mengapa Aidil tidak menggunakan nombor sendiri untuk menjemputnya dan juga anak-anak ke majlis cukur jambul anak baharunya sedangkan bekas suaminya itu memang mempunyai nombor telefon Rita sendiri untuk berhubung.
“Kalau hendak menjemput kan boleh menghantar mesej. Tidak perlulah hubungi banyak kali kalau tidak diangkat. Kenapa suka menipu sedangkan hari jadi anak pun dia tidak telefon atau menghantar mesej. Cukup-cukuplah hendak ‘cover’ tindakan isterinya itu,” kata Rita lagi.
Sementara itu, menurut Aidil Zafuan pula, dia sudah cuba menghubungi Rita beberapa kali sebelum ini menggunakan nombornya namun tidak dijawab. Lebih menghampakan Aidil lagi, kehadiran dirinya daripada Johor untuk keluar bersama anak-anak pada hari jadi mereka tidak kesampaian.
“Dua minggu sebelum, saya sudah ingatkan Rita untuk bertemu anak-anak. Tetapi apabila tiba hari kejadian, pengawal keselamatan tidak membenarkan saya memasuki rumah Rita dan Rita juga memberitahu mereka tidak berada di rumah”
“Saya sangat kecewa kerana inisiatif saya dari Johor untuk berjumpa anak tidak kesampaian. Saya masih lagi simpan hadiah hari jadi anak. Saya mahu berjumpa dia sendiri,” jelas Aidil yang menyatakan dia sudah puas dihentam peminat Rita dan kini hanya fokus bersama kehidupan baru.
Mia Ahmad jadi punca penceraian?!!
SEBELUM ini, pelakon cantik, Mia Ahmad dikatakan terlibat dalam cinta lokasi apabila tersebarnya khabar angin mengenai dirinya dengan pasangan pelakon drama bersiri, Hati Perempuan, Syarul Ridzwan.
Walaupun drama itu telah melabuhkan tirainya, namun masih ada yang mengaitkan mereka meskipun Mia telah menafikannya.
Namun, baru-baru ini, nama bintang ini sekali lagi diheret dalam kancah kontroversi apabila dia dikatakan menjadi punca kepada keretakan hubungan suami isteri sehingga terjadinya penceraian.
Menerusi ruangan blog tempatan, dilaporkan seorang wanita telah mengunjungi pejabat agama dan meminta kepada hakim untuk bercerai dengan suaminya.
Wanita itu dikatakan berang apabila suaminya sering menyebut nama, Yuhanis iaitu watak yang dilakonkan Mia Ahmad dalam drama Hati Perempuan, ketika sedang tidur.
Kata wanita berkenaan, sejak menonton drama berkenaan, suaminya mula menunjukkan perubahan sedangkan selama ini mereka tidak mengalami apa-apa masalah.
Bertanya mengenai perkara itu kepada Mia, kedengaran ketawa kecil daripada pelakon ini dan memberitahu bahawa gosip ini sebenarnya sudah lama tersebar.
"Saya sudah lama dengar mengenai perkara ini namun tidak pasti pula adakah ianya cerita benar atau sengaja dicipta untuk tujuan blog itu mendapatkan perhatian.
"Lagipun, ia disebarkan oleh blog yang diragui kesahihannya. Namun, jauh di sudut hati saya mengharapkan agar cerita itu tidak benar sama sekali kerana ianya tidak patut berlaku.
"Sekiranya berita itu benar, saya sangat sedih dan dukacita. Saya sendiri tidak tahu apa yang membuatkan Yuhanis menjadi impak sebegitu. Saya hanya mengharapkan yang baik-baik sahaja kerana ia hanyalah lakonan semata-mata," katanya.
Dalam perkembangan lain, pelakon ini memberitahu bahawa dia bakal terlibat dalam satu penggambaran telefilem untuk TV3 bermula minggu depan.
Menariknya, telefilem raya ini juga turut menggandingkan dirinya bersama pelakon kacak, Syarul Ridzwan.
Kisah Ibu Nabi Isa Dimandikan Oleh Bidadari Syurga??!! SubhanaAllah!!
Nabi Isa adalah nabi yang dilahirkan tanpa ayah dengan izin Allah dan Maryam adalah ibu yang telah melahirkan, menjaga dan mendidik Nabi Isa dengan penuh kasih sayang.
Suatu hari Nabi Isa telah berkata kepada ibunya, “Sesungguhnya dunia ini adalah kampung yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung yang kekal, oleh itu, marilah ibu bersama saya”. Setelah berkata demikian, maka berangkatlah mereka menuju ke gunungLubnan.
Apabila sampai di gunung tersebut, maka Nabi Isa dan ibunya berpuasa di siang hari dan mendirikan solat di malam hari. Makanan mereka terdiri daripada pohon kayu dan meminum air hujan sahaja.
Setelah sekian lama Nabi Isa dan ibunya tinggal di gunung tersebut, maka suatu hari Nabi Isa turun dari gunung tersebut untuk mencari daun kayu untuk mereka berdua berbuka puasa. Setelah Nabi Isa turun ke bawah, datanglah malaikat menghampiri Maryam dan berkata,
“Assalamualaiki ya Maryam, orang yang sangat patuh mengerjakan puasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari”.
Sebaik saja Maryam melihat orang yang memberi salam itu, maka Maryam berkata,
“Siapakah kamu ini? Badan dan seluruh anggotaku menggeletar dan berasa takut mendengar suaramu”.
Malaikat tersebut menjawab, “Aku adalah malaikat yang tidak mempunyai belas kasihan kepada sesiapa pun baik anak kecil, orang tua atau sebagainya sebab aku adalah malaikat pencabut nyawa (Izrail)”.
Mendengar penjelasan malaikat maut, maka Maryam bertanya,
“Wahai malaikat maut, apakah tujuan kamu ke sini? Adakah kamu mahu menziarahi aku atau pun mencabut nyawaku?”
Izrail menjawab, “Wahai Maryam, kedatanganku adalah untuk mencabut rohmu”.
Maryam yang mengetahui ajalnya sudah hampir berkata lagi, “Wahai malaikat maut, apakah kamu tidak mahu memberikan peluang sehingga anakku yang menjadi penawar mengubati kerisauan hatiku?”
Malaikat maut memperjelaskan perintah Allah yang memerintahkannya untuk menjemput roh Maryam dan beliau tak dapat mengsia-siakan walau satu saat, mendengar penjelasan Izrail, dengan hati yang ikhlas, Maryam berkata,
“Wahai malaikat maut, kamu telah menerima perintah Allah, oleh itu laksanakanlah perintah itu dengan segera.”
Izrail segera mendekati Maryam dan mencabut rohnya.
Selesai waktu Isyak yang akhir, Nabi Isa pulang dengan mendaki gunung tersebut dan membawa bekalan berbuka puasa. Beliau melihat ibunya sedang berada di tempat solat dan menyangka bahawa ibunya sedang sembahyang. Beliau meletakkan bekalan makanan untuk berbuka puasa dekat dengan ibunya lalu beliau berdiri menghadap kiblat. Setelah sekian lama, beliau memanggil ibunya untuk berbuka puasa dan mengerjakan ibadah tanda syukur kepada Allah, namun beliau melihat tak sedikit pun makanan terusik oleh ibunya walau dua pertiga malam telah berlalu.
Nabi Isa memanggil lagi ibunya, “Assalamualaiki ya Ummaahu”.
Oleh kerana fajar telah menjelma dan ibunya tidak lagi bangun, maka beliau menghampiri ibunya dan meletakkan pipinya pada pipi ibunya lalu menciumnya sambil menangis dan berkata,
“Assalamualaiki ya Ummaahu, Malam telah berlalu dan fajar telah menjelma, ini adalah masa untuk menunaikan fardhu yang telah diwajibkan oleh Allah”.
Setelah Nabi Isa berkata demikian, maka menangislah para malaikat dan para jin yang berada di sekitarnya dan bergoncanglah gunung di bawahnya.
Kemudian Allah mewahyukan kepada para malaikat,
“Apakah yang menyebabkan kamu semua menangis?”
Para malaikat berkata,
“Tuhan kami, Engkau Maha Mengetahui”.
Setelah itu tiba-tiba kedengaran satu suara berbunyi,
“Wahai Isa, angkatlah kepalamu itu, sesungguhnya ibumu telah meninggal dunia dan Allah telah melipatgandakan pahalamu”.
Sebaik sahaja Nabi Isa mendengar suara tersebut, maka beliau sambil menangis berkata,
“Siapakah yang akan menjadi temanku tatkala aku sunyi dan di kala aku menangis?
Siapakah yang dapat aku ajak berkata-kata dan siapakah yang dapat membantu aku dalam ibadahku?”
Kemudian Allah mewahyukan kepada gunung yang bermaksud,
“Wahai gunung, nasihatilah Ruh-Ku (Isa A.S.)”.
Berkata-katalah gunung tersebut dengan izin Allah, “Wahai Ruh Allah, apakah erti kesusahanmu itu, ataukah kamu mahu Allah sebagai pendampingmu yang menggembirakan?”
Setelah mendengar nasihat gunung, lalu Nabi Isa turun ke sebuah desa tempat tinggal Bani Israil dan meminta pertolongan mereka untuk menguruskan jenazah ibunya.
Namun mereka tak mahu menolong Nabi Isa kerana takut pada ular-ular besar yang ada di gunung tersebut.
Nabi Isa dengan perasaan hampa naik kembali ke gunung dan beliau melihat dua orang pemuda yang sangat kacak rupa parasnya lalu beliau memberi salam dan meminta pertolongan mereka untuk memakamkan jenazah ibunya.
Lalu berkata salah seorang dari pemuda itu, “Aku ini sebenarnya adalah malaikat Mikail dan sahabatku ini adalah malaikat Jibril.
Aku ada membawa ubat tubuh dan kain kafan dari Tuhanmu dan para bidadari jelita sekarang sedang turun dari syurga untuk memandikan dan mengkafankan ibumu”.
Setelah itu, malaikat Jibril pun menggali kubur di atas gunung. Selesai sahaja kerja memandi dan mengkafankan dilakukan oleh para bidadari syurga, mereka menyembahyangkan jenazah Maryam dan mengebumikannya. Lalu Nabi Isa berdoa kepada Allah,
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui tempatku dan Engkau mendengar kata-kataku dan tidak sedikit pun urusanku yang tersembunyi dariMu. Ibuku telah meninggal dunia sedang aku tidak menyaksikannya sewaktu dia wafat. Oleh itu izinkanlah dia berkata sesuatu kepadaku”.
Kemudian Allah mewahyukan kepada Nabi Isa, “Sesungguhnya aku telah memberi izin kepadanya”.
Nabi Isa lalu pergi ke kubur ibunya dan berkata, “Assalamualaiki ya ibu, bagaimanakah dengan tempat pembaringanmu dan tempat kembalimu dan bagaimanakah pula kedatangan Tuhanmu?”
Dengan izin Allah Maryam berkata, “Tempat pembaringanku dan tempat kembaliku adalah sebaik-baik tempat, sedang aku mengadap kepada Tuhanku, aku tahu bahawa Dia telah menerimaku dengan rela”.
Berkata Nabi Isa lagi, “Wahai ibu, bagaimanakah rasa sakitnya mati?”
Ibunya menjawab, “Demi Allah yang telah mengutuskanmu sebagai nabi dengan sebenar-benarnya, belum hilang lagi rasa pedihnya mati, demikian juga dengan rupa malaikat maut yang belum hilang dari pandangan mataku.
Alaikas salam wahai kasih sayangku sampai hari kiamat“.
WALLAHU A’LAM
Nota Puteri: SubhanaAllah, begitu besar kekuasaan Allah, sayu hati ini bila membaca kisah di atas. Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.
“Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah, waqina ‘aza bannar”Yang bererti “Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka”
Amin Ya Rabbal alamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)