Saturday 23 May 2015

TIPS Dan PETUA Untuk Hilangkan Ketuat ,Moga Bermanfaat !!!


Ketuat secara lazimnya merupakan ketumbuhan kecil yang tumbuh di permukaan kulit. Selalunya ketuat akan tumbuh di bahagian jari tangan dan kaki. Bahkan ada juga yang tumbuh di bahagian muka atau betis.

Ketuat tidaklah berbahaya kepada kesihatan seseorang. Namun ketuat boleh berpindah ke orang lain jika berkongsi pakaian. Bukan itu sahaja, ketuat juga boleh merebak ke bahagian lain jika anda mempunyai tabiat mengorek ketuat.

Kebiasaanya, ketuat ini akan hilang atau gugur sendiri selepas enam hingga 12 bulan. Ia juga tidaklah berasa sakit, tetapi mungkin bagi sesetengah orang ketuat adalah satu benda asing yang menjelekkan.


EH! kali ini kongsikan sedikit petua untuk menghilangkan ketuat...



Petua 1

Gosok ketuat dengan pasir yang basah seperti pasir di sungai atau di kawasan pantai. Cuba selama tiga hari berturut-turut, ketuat akan hilang dengan sendirinya...



Petua 2

Gunakan kapur sirih untuk disapu ke atas ketuat. Biarkan ia mengering sendiri. Amalkannya sehingga ketuat mengering dan gugur dengan sendirinya...



Petua 3

Ambil daun kesum dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan sedikit garam dan sebatikannya. Sapu campuran tersebut ke atas ketuat. Tunggu sehingga kering dan bersihkan. Amalkannya sehingga ketuat gugur sendiri...

No comments:

Post a Comment