Sunday 24 May 2015

Pelik.. Teh Ini Antilelaki Tapi Wanita Minum Panjang Umur??!!



WASHINGTON DC – Kajian terbaharu saintis Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini berjaya menemui sejenis air teh herba tradisional yang mampu memanjangkan usia golongan wanita tetapi berbahaya kepada kaum Adam.

Dikenali sebagai chamomile (disebut kae-mea-mie), teh ini yang popular di Mexico dengan nama manzanilla, didapati membantu kaum Hawa hidup lebih lama dan menurunkan risiko kematian sehingga 29 peratus.
Bukan itu sahaja, teh daripada keluarga spesies bunga daisy ini amat digemari wanita negara Amerika Tengah itu untuk merawat demam panas, keradangan, kejang otot, gangguan haid, insomnia, ulser, gastrik dan buasir.

Chamomile yang bermaksud epal bumi dalam bahasa Greek kuno terbahagi kepada dua jenis iaitu baka liar Jerman disebut nama Latin, Matricaria chamomilla dan baka Inggeris-Roman dikenali Chamaemelum nobile.
Bagaimanapun kesan positif tersebut rupa-rupanya tidak berlaku kepada lelaki apabila penyelidik AS hairan mengapa sehingga sekarang teh chamomile itu hanya suka ‘bekerja’ pada satu jenis jantina manusia sahaja.
Ia hasil kajian intensif selama tujuh tahun terhadap 1,677 orang wanita dan lelaki Mexico yang sudah lama menetap di AS dengan turut meninjau kesan daripada peminuman tehchamomile ke atas corak kematian awal.

Kepada wanita, teh chamomile dalam pada itu menurut kepercayaan masyarakat Mexico juga dapat menurunkan tahap kolesterol, amat kaya antioksidan, memiliki sifat antimikrob dan mempunyai kesan antikeradangan.
Penemuan menarik ini telah disiarkan secara online menerusi keluaran terbaharu makalah perubatan The Journals of Gerontology yang diterbitkan The Gerontological Society of America. – Agensi

No comments:

Post a Comment