Thursday, 21 May 2015

Pontianak Di Lebuhraya Plus Waktu Siang Hari?


Baru-baru kita dikecohkan dengan gambar yang kononnya pontianak sedang terbang di lebuhraya yang sedang giat dikongsikan di laman sosial dan aplikasi mesej Whatsapp.

Gambar yang menjadi tanda tanya tersebut menunjukkan kelibat hantu atau pontianak yang kelihatan ‘terapung’ di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sebaik sahaj sebelum memasuki Terowong Menora disiang hari.

Jika kita perhatikan betul-betul gambar tersebut, objek yang dikatakan ‘pontianak’ itu seakan tengah melintas di kawasan tersebut.

Jom lihat dengan lebih dekat sedikit.


Memang menggerunkan. Macam manalah agaknya perasaan pemandu yang ternampak benda macam ini sejurus sebelum memasuki terowong ya..

Tambahan pula, lebuhraya ini terutamanya sebelum memasuki Terowong Menora sememangnya selalu dikaitkan dengan gangguan misteri dan bermacam kisah seram.

Antaranya, yang kita pernah dengar ialah cerita misteri Wolksvagen kuning.

Tunggu dulu… janganlah terlalu cepat membuat spekulasi!

Setelah melakukan kajian, kami berpendapat gambar viral itu sebenarnya hanyalah ‘imej seram’ yang sama ada sengaja mahupun tidak, telah diada-adakan.

Kelibat yang dikatakan ‘pontianak’ itu hanyalah tahi burung di cermin kereta sahaja..

Tak percaya? Cuba lihat objek ‘misteri’ lain yang dicetuskan oleh tahi burung bertempek-tempek pada cermin kereta di bawah ini.


Kesimpulannya, rajin-rajinlah cuci kereta anda sekiranya sudah terlalu kotor, agar tiada lagi berita penampakan objek misteri yang lain pula.


- See more at: http://oomedianetworkdot.blogspot.com/2015/05/pontianak-di-lebuhraya-plus-waktu-siang.html#sthash.Esg0ONUB.dpuf

No comments:

Post a Comment