Thursday 21 May 2015

POWER BANK!!!Sampai Kereta Pun Terbakar MEMANG POWER




Zaman sekarang ini setiap daripada kita pastinya mempunyai telefon pintar masing-masing.
Selain smartphonepower bank juga merupakan alatan wajib ada sekiranya telefon berada dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’.
Kebiasaannya power bank sering dibawa ke mana-mana sahaja dan disimpan di dalam beg tangan lebih-lebih lagi buat kaum wanita.
Tapi, rasanya ramai juga yang meninggalkan power bank dalam kereta sahaja kalau malas nak bawa sekali ketika outing kan..
Kalau anda sayangkan kereta, janganlah tinggalkan power bank anda terdedah di dalamnya.
Sebabnya, kang tak pasal-pasal terbakar kenderaan kesayangan anda seperti yang dikongsikan dalam gambar ini.
Ambil pengajaran dan jangan sesekali biarkan power bank terdedah secara terus kepada pancaran matahari ya!

No comments:

Post a Comment