Monday, 1 June 2015

WAJIB BACA ! CARA MALAIKAT BERITAHU BAHAWA AJAL KITA SUDAH SAMPAI





Sebahagian Para Nabi berkata kepada Malaikat pencabut Nyawa. "Tidakkah Kau memberikan Aba- aba atau peringatan kepada Manusia bahawa kau datang sebagai malaikat pencabut nyawa sehingga mereka akan lebih hati - hati? "

Malaikat itu menjawab . "Demi Allah, aku sudah memberikan aba -aba dan tanda- tandamu yang sangat banyak berupa penyakit , uban , kurang pendengaran , penglihatan mulai tidak jelas ( terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila setelah datang aba -aba tadi ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekal yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya : "Bukan kah aku telah memberimu banyak aba -aba dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah , aku adalah peringatan terakhir , setelah ini tidak akan datang peringatan lainnya " ( HR imam qurthubi )

Beginilah cara kerja Malaikat Mau
t
Nabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat maut yang mempunya dua mata diwajahnya dan dua lagi tengkuknya . "Wahai malaikat pencabut nyawa , apa yang kau lakukan seandainya ada dua orang yang meninggal diwaktu yang sama; yang satu berada di hujung timur yang satu berada diujung barat, serta ditempat lain tersebar penyakit yang mematikan dan dua ekor bintang melata pun akan mati? "

Malaikat pencabut nyawa berkata: "Aku akan panggil ruh - ruh tersebut , dengan izin Allah , sehingga semuanya berada diantara dua jariku , Bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bejana besar dan dapat mengambil yang mana saja sekehendak hatiku " ( HR abu Nu ' aim )

Ternyata Orang Mati Mendengar Tapi Tidak Bisa Menjawab

Rasullullah SAW memerintahkan agar mayat- mayat orang kafir yang tewas pada perang badar dilemparkan ke sebuah sumur tua. Kemudian beliau mendatanginya dan berdiri di hadapannya. Selepas itu, beliau memanggil nama mereka satu- satu: "Wahai fulan bin fulan , fulan bin fulan , apakah kalian mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kalian untuk kaliab betul- betul ada? Ketahuilah sesungguhnya aku mendapatkan apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar -benar ada dan terbukti. "

Umar lalu bertanya kepada Rasulullah . "Wahai Rasul, mengapa engkau mengajak bicara orang -orang yang sudah menjadi mayat? "

Rasulullah menjawab . "Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran, kalian memang tidak mendengar jawapan mereka atas apa yang tadi aku ucapkan , Tapi ketahuilah , mereka mendengarnya , hanya saja tidak dapat menjawab " (HR Bukhari Muslim)

Thursday, 28 May 2015

Panas !!! Akhirnya Terbongkar Sebab Kenapa Abby Dan Norman Terpaksa Berkahwin Tanpa Cinta


Setelah lama berdiam diri dari sebarang isu & kontroversi, kini Abby muncul kembali menarik perhatian orang ramai dgn memuatnaik caption gambar yg menimbulkan tanda tanya...
"Kitorang kahwin bukan sebab cinta sebenarnya. Sebab apa? Jeng!!!Jeng!!!Jeng!!!

"Tak tahulah En @NormanHakim_786 nak akui ke tak perkara ini. Tapi itulah dia yang sebenarnya...

"Panjang umur murah rezeki, dapat persetujuan En Norman, saya cerita nanti. Siap dengan gambar sekali sebagai bukti," katanya...

Tanpa angin tanpa ribut, tiba-tiba Abby throwback ke kenangan masa lalu dan secara terbuka mengakui bahawa dia dan Norman yang berkahwin suatu ketika dulu bukan kerana cinta.
Apa lagi yg hendak didedahkan oleh Abby kali ini???

Mendengar perkhabaran itu, netizen secara tidak langsungnya mengkritik Abby cuba 'mengali' semula cerita dari muzium...

"Motif nak gaji cerita dari muzium???Apsal tiba-tiba nak keluarkan isu ini pula? Cerita zaman Paleolitik pun nak diimbas kembali. Something wrong Abby ni," kata mereka.
Bagaimanapun, ada yg menasihatkan pengguna media sosial yang lain agar membiarkan saja tindakan Abby yang sukakan kontroversi dan dahagakan perhatian orang ramai...

7 GAMBAR TERBARU : Nora Danish Memakai Sari Nampak Menggoda.!

Nora Danish adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan, dia juga seorang pelakon dan model yang sering mendapat banyak tawaran kerja. Kali ini kami kongsikan gambar PANASS beliau berpakaian sari semamangnya nampak cantikk dan hot...!

KHAS UNTUK SUAMI ISTERI : Hukum Mengeluarkan Air Mani Di Luar Rahim Isteri


Kadang-kadang timbul kekeliruan tentang hukum hakam yang berkaitan dengan hubungan suami isteri yang menggangu proses kebahagian mereka. Disi kami ingin berkongsi secara lebih jelas tentang hukum mengeluarkan air mani diluar rahim isteri. Semoga bermanfaat kepada semua. Berikut adalah soalan kepada ustaz....

Soalan:::

Assalamualaikum Ustaz...

Saya mempunyai kemusykilan. Saya harap dapat kiranya Ustaz membantu saya....

Apakah Hukumnya mengeluarkan air mani di luar faraj isteri sewaktu bersetubuh.?
Saya harap dapat kiranya Ustaz  memberi pandangan. Apakah hukumnya, alasan serta dalil2nya. Sekian Terima kasih, hanya Allah-lah sahaja yang membalas segala kebaikan Ustaz. amin....

Jawapan:

Wa'alaikumussalam,,,,

Mengeluarkan air mani diluar faraj isteri adalah harus jika berlaku dengan izin isteri. Secara umumnya air mani itu adalah hak isteri (ditumpahkan ke faraj) dan dikeluarkan melalui usaha yang halal (nikah / jimak dengan isteri).

Daripada Jabir r.a beliau berkata : Kami pernah melakukan Al-‘Azal (mengeluarkan mani diluar faraj) di zaman Rasulullah s.a.w dan perkara itu sampai ke pengetahuan baginda s.a.w , tetapi Baginda s.a.w tidak pula menegah kami daripada melakukan perkara tersebut “ ~ ( Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim – Kitab An-Nikah – 2610 )

Dalam kaedah fiqh, apabila tiada larangan jelas dari Al-Quran dan as-sunnah menandakan keharusan tetapi hukum harus terbatas pula kepada adab dan etika suami isteri.
Kemasukan air mani memberi nikmat kepada isteri dan menghilangkan nikmat ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati berlaku.Jika isteri redha dan mengizinkan maka tidak mengapa....

Wallahualam.,, (Jawapan oleh: Ustaz Emran bin Ahmad )

Kisah "Anak Syurga" Jadi Viral, Cetus Perasaan Sebak



Satu gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Ruqayyah Farhani, mencetus sebak para pengguna media sosial dan menjadi viral.

Gambar yang diberi tajuk "Anak Syurga" itu memaparkan Ruqayyah yang bertudung labuh, tersenyum sambil memangku bayinya, Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak yang kini sudah menemui Pencipta.

Menurut penulisan Ruqayyah, beliau redha dengan pemergian bayinya walaupun hanya sempat bersua muka selama 14 hari.

Anak Syurga. Dan insyaAllah akan memberi 'syafaat' buat Baba & Mamanya. Mama dah redha sayang.. Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak, indah namanya seindah orangnya. Bidadari kuat :')
Terima kasih Allah di atas pinjamanmu selama 14 hari. Anugerah terindah dalam hidup mama.
Si adik, Marsya Farihah tengah survive. Doakannnn. Tengok Marsya nanti nampak Maryam jugak, sebab muka sama :'D


Di ruangan komen pula, pengguna-pengguna facebook memberikan semangat kepada Ruqayyah supaya tabah menghadapi ujian Ilahi.

Selain itu, Ruqayyah juga turut meminta orang ramai untuk mendoakan adik kepada Maryam, Marsya Farihah yang kini sedang bertarung nyawa.

Takziah diucapkan kepada Ruqayyah dan semoga adik Marsya sihat walafiat. -

Bayi Comel Ini Lahir Selepas Tiga Hari Bapa Meninggal, Dia Dan Lapan Adik Beradiknya Hilang Tempat Bergantung



Menatap wajah anak kecil ini, sayu dapat dirasakan hati ini takkala memikirkan nasib anak kecil ini bersama lapan orang adik beradik dan ibu mereka yang hilang tempat bergantung selepas pemergian bapa mereka mengadap yang maha Esa.

Lahir ke dunia selepas beberapa hari kehilangan bapa, anak kecil ini tidak sempat menatap wajah bapanya itu, bapanya Wan Jamal Anasir Wan Badri telah meninggal selepas empat minggu menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di kepala.

Arwah telah meninggalkan isteri yang sarat mengandung dan selang beberapa hari isterinya telah melahirkan bayi ini dan kini isteri sedang berada dalam pantang .

Bapanya sebelum ini disahkan terdapat lima ketumbuhan di dalam kepalanya dan arwah telah selamat dikebumikan di Bukit Beruang Air Keruh Melaka. Arwah meninggalkan sembilan orang anak tersayang termasuk bayi ini yang belum sempat mengenal ayahnya ini.



Anak-anak arwah bersama nenek mereka wan robiah binti wan mustpha

Dari sembilan adik beradik ini lapan orang masih bersekolah dimana anak sulung berada di tingkatan 5 ,dan nombor 8 masih di tadika manakala yang bongsu adalah bayi ini baru dilahirkan.

Apapun takziah SK ucapakan kepada keluarga ini. Semoga anak-anak ini membesar dengan sempurna.

KEMASKINI: Menurut adik kepada ibu bayi ini ketika menghubungi pihak Siakapkeli, si ibu mempunyai pekerjaan di sebuah hospital dan beliau nafi mohon bantuan dari orang ramai. Menurutnya lagi mungkin ada pihak(saudara terdekat) yang cuba menanggup di air yang keruh telah menyebarkan nama dan nombor akaun untuk bantuan

Status Facebook "Allia" Remaja 19 Tahun Yang Membuat Permintaan Mahu Meninggal Dunia Dimakbulkan Tuhan...!!!

#$Al Fatihah, gadis ini dikatakan meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Ulu Melaka. Gadis yang bernama #Nur Allia Samad berumur 19 tahun itu terbabas dan melanggar sebatang pokok dan meninggal.....


Mangsa ketika itu menaiki sebuah kereta kancil meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Mangsa yang merupakan bekas pelajar (Kolej Vokasional Langkawi) itu, berasal dari Kampung Kedawang, Langkawi.....



Apa yang menyedihkan, mangsa pernah memuat naik satu status di laman facebooknya yang ditujukan kepada kekasihnya dengan ayat agar menunggunya mati dahulu jika ingin memutuskan hubungan.
Selepas arwah memuat naik status itu, beliau dikatakan kurang mengemaskini akaun laman sosialnya kerana kemungkinan terlalu kecewa. Wallauhualam…

JANGAN TERKEJUT !! Perkahwinan Termahal di malaysia...!

4. Marion Caunter dan SM Nasarudin SM Nasimuddin
#Penyatuan di antara personaliti televisyen popular Marion Caunter dan Pengerusi Eksekutif, Kumpulan Naza Usahasama, SM Nasarudin SM Nasimuddin merupakan salah satu majilis perkahwinan yang paling diperkatakan di dalam arena hibuaran tempatan.
#Majlis perkahwinan yang bertema mawar putih berlangsung di Mandarin Oriental, dan dihadiri oleh bintang-bintang terkemuka seperti Elainy Daly, Deborah Henry, Tom Abang Saufi dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.  Bintang pop tempatan Ning Baizura dan Sean Ghazi menyampaikan persembahan beserta pancaragam Russell Curtis.
#Jumlah tetamu yang telah menghadiri majlis perkahwinan tertutup ini pada tahun 2010 tidak diketahui. Namun, Mandarin Oriental dianggarkan telah mencaj RM300 untuk kos makan setiap individu.
#Menurut satu majalah pengantin online, jumlah kos perkahwinan tersebut mungkin mencapai RM5 juta.
3. Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K)
#Salah satu majlis perkahwinan selebriti yang paling rumit berlangsung dalam sejarah Malaysia adalah penyatuan puteri pop Siti Nurhaliza dan usahawan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K).
#Beberapa sumber menganggarkan bahawa jumlah kos perkahwinan yang berlangsung pada tahun 2006 tersebut boleh mencapai lebih daripada RM12 juta. Kos perbelanjaan kek berperingkat mereka yang digelar Indah Percintaan berjumlah RM12,000. Siti juga dilaporkan menerima mas kahwin RM22,222 dan wang hantaran RM30,000.
#Pasangan ini kemudiannya menafikan tuntutan tersebut, dengan mengatakan bahawa kebanyakkan barang termasuk barang kemas dan pakaian, adalah ditaja.
#Walau bagaimanapun, mereka menerima RM1juta daripada sebuah stesen televisyen tempatan untuk menyiarkan majlis perkahwinan mereka. Perkahwinan mereka berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh 2,500 orang tetamu and disiarkan kepada 6.3 juta penonton seluruh negara.
#Pada tahun 2010, E! News Asia menamakan pasangan ini sebagai Pasangan  Selebriti Ketiga Yang Paling Berkuasa di Asia, selepas penghibur Cina, Simon Yam dan isteri, Qi Qi dan pasangan superstar Bollywood, Aishwarya Rai dan suaminya, Abhishek Bachchan.
2. Benjamin Yong dan Elizabeth Lee
#Pengasas BIG Group, Benjamin Yong dan pengasas bersama Bowerhaus, Elizabeth Lee telah meraikan penyatuan mereka sebagai salah satu acara yang paling mewah pada tahun 2014.
#Perkahwinan mereka yang bertema karnival telah berlangsung di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur. Ianya berlangsung seumpama pesta ria yang meriah, termasuk hiasan tengah karusel berputar, pancaragam ayunan 25 keping, penari aerial trapez, penari balet, perenang serentak, serta pelbagai jenis kek perkahwinan yang berwarna-warni.
#Menurut salah satu pemilik majalah pengantin online, pasangan yang berprofil tinggi ini mungkin telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM54,000 untuk persembahan sahaja.
#Walaupun ia agak sukar untuk menganggarkan jumlah kos perbelanjaan untuk majlis perkahwinan bertema carnival ini, ada kemungkinan yang pasangan tersebut telah membelanjakan sebanyak RM10,000 untuk karusel sahaja dan RM50,000 untuk lampu hiasan.
#Kos untuk fotografi mungkin dalam lingkungan RM20,000 dan kos ini hanya untuk perkahwinan mereka yang berlangsung di Kuala Lumpur.
#Sebelum itu, pasangan yang berprofil tinggi ini telah menglangsungkan parti teh pra-kahwin di Sydney, Australia dan upacara teh tradisional Cina di Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.
1. Rozita Che Wan dan Zain Saidin
#Dengan penajaan yang bernilai RM13juta, penyatuan pelakon Rozita Che Wan dan teman pelakon beliau, Zain Saidin pada tahun 2013 telah digelar sebagai “perkahwinan yang paling mewah di tahun tersebut”.
#Penajaan termasuk barang kemas yang bernilai RM10 juta daripada Kedai Emas Habib dan barangan lain daripada 27 para penaja.
#Selain daripada itu, Rozita juga dilaporkan menerima RM23,300 sebagai wang hantaran dan RM9,300 mas kahwin.
#Perkahwinan mereka berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City di Shah Alam dan telah dihadiri oleh 200 orang tetamu.

PANAS!! (7 GAMBAR) Maria Farida Tayang Bikini Miliknya Jadi Tumpuan Ramai Peminatnya


Beliau merupakan salah pelakon popular yang sudah mencecah 40an umurnya. Namun ternyata dia seorang yang awet muda dan masih terserlah kejelitaan dan kecantikkannya.

Di laman sosial milik Maria Faria, dia telah menjadi tumpuan followernya apabila memuatnaik gambar BlKlNl dan pening tak tahu mana satu nak dipakai.

Ini tulis Maria Farida: " Can't decide on which one... hmm "

Gambar itu mendapat reaksi komen yang pelbagai dari orang ramai. Ada yang suggest mana satu nak pakai dan ada yang memberi nasihat.

Pelakon dan pelawak Saiful Apek turut memberi komen dengan emoji menunjukkan dia pening dan terkejut dengan gambar Maria Farida.

Lagi 3 keping gambar dibawah :





Inilah Pintu Ke Neraka Yang WUJUD Di TURKI !!! (4 FOTO)


"Bilik ini penuh dengan wap berkabut yang padat hingga menghalang pemandangan...Semua haiwan yang melewati wap itu akan terus mati,Aku melemparkan burung pipit kedalamnya ,dan burung itu terus mati dan jatuh" tulis seorang ahli geografi yunani strabo....

Penemuan gerbang neraka ini dilakukan oleh ahli arkeologi Itali di Istanbul Turki ,iaitu pasukan yang dipimpin oleh Fransesco D'Andria profesor arkeologi klasik dari University of Salento.....

"Kami mencari plutonium setelah membina laluan ke sumber air......Ternyata mata air Pamukkale yang mengeluarkan wap putih berasal dari gua ini," ungkap D'Andria.....




Rita Rudaini Persoal Kenapa Aidil Suka Menipu??!!


Tidak berniat untuk memalukan mana-mana pihak, Rita Rudaini mengakui tindakan dirinya memuatnaik gambar beserta dengan nombor telefon isteri bekas suaminya baru-baru ini hanyalah sekadar mahu berkongsi dengan peminatnya perkara tersebut.



“Saya hanya mahu cerita masalah saya kepada sahabat-sahabat laman sosial. Tapi saya pelik juga, Aidil ada nombor saya. Kenapa tidak menghubungi menggunakan nombor sendiri? Saya lantang sebab benar. Saya tidak akan bercakap bohong selagi benda itu betul,” jelas pelakon ini.
Malah Rita juga mempersoalkan kembali mengapa Aidil tidak menggunakan nombor sendiri untuk menjemputnya dan juga anak-anak ke majlis cukur jambul anak baharunya sedangkan bekas suaminya itu memang mempunyai nombor telefon Rita sendiri untuk berhubung.
“Kalau hendak menjemput kan boleh menghantar mesej. Tidak perlulah hubungi banyak kali kalau tidak diangkat. Kenapa suka menipu sedangkan hari jadi anak pun dia tidak telefon atau menghantar mesej. Cukup-cukuplah hendak ‘cover’ tindakan isterinya itu,” kata Rita lagi.

Sementara itu, menurut Aidil Zafuan pula, dia sudah cuba menghubungi Rita beberapa kali sebelum ini menggunakan nombornya namun tidak dijawab. Lebih menghampakan Aidil lagi, kehadiran dirinya daripada Johor untuk keluar bersama anak-anak pada hari jadi mereka tidak kesampaian.
“Dua minggu sebelum, saya sudah ingatkan Rita untuk bertemu anak-anak. Tetapi apabila tiba hari kejadian, pengawal keselamatan tidak membenarkan saya memasuki rumah Rita dan Rita juga memberitahu mereka tidak berada di rumah”
“Saya sangat kecewa kerana inisiatif saya dari Johor untuk berjumpa anak tidak kesampaian. Saya masih lagi simpan hadiah hari jadi anak. Saya mahu berjumpa dia sendiri,” jelas Aidil yang menyatakan dia sudah puas dihentam peminat Rita dan kini hanya fokus bersama kehidupan baru.

Mia Ahmad jadi punca penceraian?!!



SEBELUM ini, pelakon cantik, Mia Ahmad dikatakan terlibat dalam cinta lokasi apabila tersebarnya khabar angin mengenai dirinya dengan pasangan pelakon drama bersiri, Hati Perempuan, Syarul Ridzwan.


Walaupun drama itu telah melabuhkan tirainya, namun masih ada yang mengaitkan mereka meskipun Mia telah menafikannya.

Namun, baru-baru ini, nama bintang ini sekali lagi diheret dalam kancah kontroversi apabila dia dikatakan menjadi punca kepada keretakan hubungan suami isteri sehingga terjadinya penceraian.

Menerusi ruangan blog tempatan, dilaporkan seorang wanita telah mengunjungi pejabat agama dan meminta kepada hakim untuk bercerai dengan suaminya.

Wanita itu dikatakan berang apabila suaminya sering menyebut nama, Yuhanis iaitu watak yang dilakonkan Mia Ahmad dalam drama Hati Perempuan, ketika sedang tidur.

Kata wanita berkenaan, sejak menonton drama berkenaan, suaminya mula menunjukkan perubahan sedangkan selama ini mereka tidak mengalami apa-apa masalah.

Bertanya mengenai perkara itu kepada Mia, kedengaran ketawa kecil daripada pelakon ini dan memberitahu bahawa gosip ini sebenarnya sudah lama tersebar.

"Saya sudah lama dengar mengenai perkara ini namun tidak pasti pula adakah ianya cerita benar atau sengaja dicipta untuk tujuan blog itu mendapatkan perhatian.

"Lagipun, ia disebarkan oleh blog yang diragui kesahihannya. Namun, jauh di sudut hati saya mengharapkan agar cerita itu tidak benar sama sekali kerana ianya tidak patut berlaku.

"Sekiranya berita itu benar, saya sangat sedih dan dukacita. Saya sendiri tidak tahu apa yang membuatkan Yuhanis menjadi impak sebegitu. Saya hanya mengharapkan yang baik-baik sahaja kerana ia hanyalah lakonan semata-mata," katanya.

Dalam perkembangan lain, pelakon ini memberitahu bahawa dia bakal terlibat dalam satu penggambaran telefilem untuk TV3 bermula minggu depan.

Menariknya, telefilem raya ini juga turut menggandingkan dirinya bersama pelakon kacak, Syarul Ridzwan.